Youre Out Of The Line
Monday, February 04, 2013 | 0 little sweet note [s]
Salah saya sebab terlalu mudah memaafkan awak setelah berapa kali awak membuat saya rasa terhina sangat :) Apa salah saya bila saya enggan pakai pakaian yang memalukan saya? Yer mungkin saya ni tak bernilai pun depan awak sampai awak tak kisah pun apa saya rasa. Awak pernah tanya ke kalau bende yang suruh saya pakai tu sama ada saya suka ke tak? Pernah tak? Awak paksa saya. Yer memang saya nak dengar kata awak tapi itu dah melampau. Saya ubah macam2 untuk awak. Untuk awak bangga tapi saya dah lari dari prinsip diri saya iaitu JANGAN UBAH DIRI KERANA SESEORANG. Mungkin awak malu dengan saya. Tapi kenapa perlu saya kisah? Bila saya sendiri tak pernah kisah bagaimana rupa awak, apa awak buat. Hampir tiap2 hari saya menangis sebab sakit kecewa ni. Berbaloi ke? Tak lansung. Contohnya sekarang. Walau dah 11bulan lebih tapi awak bukan orang yang saya kenal dah. Dengan cara awak bercakap dengan saya. Awak janji nak berubah. Awak dah berjanji terlalu banyak dan saya pula terlalu mudah mempercayai kata2 manis tu semua hanya sebab saya terlalu takut kehilangan awak dan sebab saya terlalu sayangkan awak. Tapi apa guna semua tu awak sendiri dengan mudah lepaskan saya dengan alasan tak tahan dengan saya :) Yelah. selama ni awak je yang banyak bersabar. Dah saya? Awak tahu ke bila saya sakit? Saya menangis? Saya ada masalah? Ada awak tanya? Ada awak nak kisah kalau saya tak bagitahu? Mungkinlah awak bukan lagi yang lama dan kita pun dah lama tak sehaluan :) Sakit mana hati saya nak lepaskan awak tapi saya mesti, sebab apa? Saya tak nak dah bersama dengan orang yang TAK PERNAH kisah kalau hilang saya dan tak pernah kisah pasla perasaan saya. Tak nak sebab saya dah terlalu banyak sakit. Awak lelaki, sepatut awak jaga saya, lindung saya, ambil berat pasal saya, manjakan saya, sayang saya. Patut awak yang jeleous, patut awak yang tak ada ego, patut awak kejar saya tapi kebanyakkan nya terbalik. Mungkin awak ego nak tunjuk konon awak hebat sebab ada perempuan menangis2 sebab awak. yaa awak hebat sebab buat perempuan ni menangis pasal awak berpuluh2 kali dan tak pernah kenal erti putus asa. Tapi orang pernah kata juga, bila perempuan tu putus asa bukan kerana dia dah tidak sayang tetapi dia sudah letih dan tak nak disakiti lagi. Saya terima je lah jalan ni. Awak dan saya bukan lagi bersama. Awak dengan yang lebih baik akan datang sebab awak pun dah nak habis belajar, lagi2 awak bebas boleh cari. Saya pulak nak tumpu pada apa yang saya nak. Bercinta? Kalau lah orang tu jodoh saya :) Terima kasih untuk 11 bulan 2 hari awak luangkan untuk saya. kalau tolak2 tak sampai 11bulan :) Halalkan makan minum, maafkan kesalahan saya semua. Doakan yang terbaik untuk awak Amir Luqman :)
"Ya Allah jauhkan lah dia dariku kalau dia bukan jodohku"
Amin ya rabbal alamin.